
Syaaban akan berakhir....Ramadhan akan menjelma lg. 30 hari Megasale ibadah bagi orang yang merindu. Tatkala Ramadhan yg tggal lagi sehari untuk tiba apekah yang sedang ligat bermain di fikiran kita. Adakah ligat berfikir nak mencari tempat menjual juadah berbuka, berpikir bagaimana nak berbuka ketika puasa nanti kerna klas berakhir 6.30pm, ataupon ligat dah nak berpikir cmne la nk attend klas yang full ari2.
Secara jujur semua ini mmg ade menerjah otak pikiran ana ketika menyebut ramadhan. Tidakkah semua ini umpama keluhan sedih seorg umat? Bukankah sepatutnya seorg yang beriman akan gembira dan x sabar menanti Ramadhan. Bilakah hati ini mampu menjadi seperti sahabat-sahabat Muhammad S.A.W yang berpesta menyambut Ramadhan kerana Ramadhan adalah bulan untuk umat islam.
Mengapa kita masih berpikir akan kepayahan di bulan ramadhan selama sebulan namun tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah selama 11 bulan yang lalu.Tidakkah didalam bulan Ramadhan itu byk kelebihan dan barakahnya. Ini adalah sebahagian kelebihan ramadhan yg disebut baginda rasul dalam beberapa hadis:
- Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
- a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
- c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
- d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
- e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.
JAWAPAN DR. DANIAL
Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.
Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!
Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)
Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita.. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.
Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.
Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!
Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia “ Killer Epidemic in Sex Paradise" (AIDS di Asia “ Wabak Pembunuh di Syurga Seks"), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).
Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.
Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul.. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)
Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.
Kaum Lut hancur kerananya.Kota Pompei hancur kerananya.Empayar Rom juga hancur kerananya.Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)
aduhai...sudah lebih 3 mggu blog ku ini terbiar gersang tanpa pengisian. Bz sungguh macam dia la org paling bz dalam dunia.Padahal byak je masa terbuang tanpa aktiviti berfaedah.Tp hari ini dikala mataku mendung mengikut resam adat dengan hujan lebat di luar dan angin meniup dingin, ku gagahkan jua menulis.
Akan tetapi aku pon tidak pasti apa yg ingin aku tuliskan.Pilihan raya kecil Permatang pasir ke kes H1N1 ke semua boleh baca kat laman berita online sendiri.Hurm...mungkin aku patut war2 kan terutama kepada budak2 Gippsland yg Michigan 12 skang sudah menambah ahli tidak rasmi.
Ahli ini bernama Aidil budak Sunway College.Merangkap sepupu kepada Afif.Die mentransit di Michigan 12 sebelum mndapat apartment yg lebih murah dr hostel sunway. So dgn itu maka tamatlah era privasi aku selama ini kerna mamat nie duduk sebilik ngan aku.
"kerna terpaksa aku rela sendiri"
Maka terpaksa la aku menghadkan aktiviti tidak senonoh aku selepas ini.huhuhuhu..
I didn't have potatoes,so I substituted rice.
Didn't have paprika,so I used another spice.
I didn't have tomato sauce,so I used tomato paste.
A whole can not a half can -I don't believe in waste.
My friend gave me the recipe -she said you couldn't beat it.There must be something wrong with her,I couldn't even eat it.
Teng...teng...
Dan terpampang la secebis halaman keputusan exam aku dari MUFY lagi.Aku scrolkan mouse ke bawah mencari result subjek sem lepas.Dan betapa kecewanya aku, apa yang diharapkan dan ditarget tidak tercapai.Tp aku tetap syukur pada Allah sebab DIA masih lagi bagi aku lulus semua walaupun x berapa cemerlang.Mungkin ada hikmahnya supaya aku tidak riak dan lebih berusaha untuk sem-sem yang mendatang.Mungkin ada beberapa perkara aku terlepas pandang atau mungkin ada hubungan aku ngan Allah dan manusia yang aku abaikan sehingga Allah x makbulkan doaku.Atau aku x cukup berusaha dan bermunajat pada Allah.Sem nie same ngan sem satu tahun lepas sekadar 4 Credit jer.
Namun sem nie mungkin aku kehilangan teman seperjuangan aku selama 2 thn di MOnash. Mungkin rezeki beliau bukan di Monash.La Tahzan.Allah hanya menguji orang-orang yang DIA sayang.Kalau Allah uji kita maknanya Allah masih ingat pada kita,cuma berapa yang kita ingat pada Allah.Kepada Kay aku doakan ko terus di Monash kalau tidak aku doakan ko terus berjaya walau kat mana pun ko berada.Sorang lagi temanku bakal pergi.

Hari ini secara rasmi nya Michigan 12 akan kehilangan 3 rakyatnya untuk mereka mencari takdir masing-masing.Mengapa aku katakan hari ini kerana, kontrak kerakyatan mereka sepatutnya sudah tamat tepat jam 12am 30 June 2009.Namun itu tidak menghalang mereka untuk trus mereka berada di Michigan kerana kami telah berikan mereka pas lawatan sosial dan simpati.hehehe.Insan-insan tersebut adalah:
1.Muhamad Zaki Yamin ke Claudfield, Australia
2.Mohd Adib ke Gippsland, Australia
3.Qamarul Hafiz aka BOB merantau membawa diri
Pas lawatan sosial mereka adalah sehingga mereka fly dan renewal adalah automatik setiap kali pulang ke Malaysia.Buat korg berdua, adib n zaki kami akan merindui kamu disini.ceh gross aku.Ok la semoga korg terus kekal sukses di Australia.Datanglah melawat kami bila pulang. Buat Bob xde ape bendenya sebab jumpa gak di monash dan rumah sebelah.Semoga ko menjaga nama baik kami di rumah sebelah.
Sepemergian mereka bertiga, Presiden telah meluluskan 4 kerakyatan baru untuk Michigan 12.Mereka adalah budak-budak Monash 2nd year.Identiti mereka biarlah aku hebahkan di lain waktu kerana aku pun tidak ingat nama setiap seorang.masih konfius.Buat mereka aku ucapkan ahlan wasahlan dan welcome to the ikhwah.
xde perkataan laen yang mampu nk diungkapkan lg mlm nie.akhirnya segala bebanan yg ditanggung semester nie abes terlerai semua.x sangka, tepat jam 4.43 pm (waktu jam exam hall Monash) aku dah abes 2nd year kt Monash.Paper terakhir adalah Malaysian Taxation Law berkod no BTW 3123.Sebaik habis jer, besa la dok jumpe member-member bincang balik soalan yang ada beberapa rapuan yang timbul.Oleh kerana soalan merapu, so jawapan mesti kene goreng sikit baru cukup rasa.Biarkan soalan itu untuk Jeyapalan Kasipillai.
Tapi ade jugak la yang dengar-dengar nak bunuh diri la, nk nangis la, alah setakat jawap exam pon nk bunuh diri.baik gi Palestin tu jd pengebom berani mati.Cewah, aku menangis dalam hati siapa tahu.Lantak la asal setakat dapat Credit pon cukup la Labu.
Melepak dok bncang masa depan memang feveret bdak2 accounting.Hari nie seperti besa xde topic len yang diorg bncang, soal awek:- awek nie hot la, sweet la n what so ever. Pastu soal kawin la, padahal baru umur 21.aku la, yang lain dah nk tggal final sem.Layan jer la.
Dah nak final year rupanya aku ni.Yes next sem leh jawab klu orang tanya dah final year.yahooo!!!!
So kepada rakan-rakanku kita jumpa lagi di waktu yang sama, dihari yang sama, bersama dengan lecturers yang sama.Tidak mengapa kita akan berjuang bersama lagi dalam Accounting Theory, Accounting Issues, Audit & Assurance dan Treasury.Itu pon klu lepas la semua tahun ni yang insyaallah lepas.Cuma tarikh keramat ni yang tentukan.So long, see u next 20th July 2009!!!!!!!Final Year tue.........

kerna exam yg amat menghampiri diri ini, x sempat nk wat posting yg menarik...so aku rasa nak share email yang dapat nie.Mengenai raoti yg kite mkan selame nie.ingat nk diet sihat makan roti,namun itu hanya mimpi.roti x Malaysia nie x selamat la.selamat membaca...
INFO TENTANG ROTI
Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.
Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.
Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).
Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).
Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.
Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2..4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).
Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.
High 5
Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.
Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.
Roman Meal
Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.
Roti Pasar Raya
Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.
Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.
The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.
Rangkaian Makanan Segera
Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.
Kedai Roti Tempatan
Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. Untuk hasil sepenuhnya, lihat jadual.
Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.
Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.
Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.
Tiada Penguatkuasaan
Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.
Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.
Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.
Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.
APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?
? Tepung Beracun
? Pelembut Doh
? Sisa Racun Makhluk Perosak
? Logam Berat
? Pemutih
? Pengemulsi
? Rambut Manusia (L-cysteine)
? Agen Pengurang
? Pengawet
? Terlalu Banyak Garam
? Lemak Trans
? Terlalu Banyak Yis
? Enzim Ubah Suai Genetik
? Yis Ubah Suai Genetik
Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.
Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia , roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai "bantuan membakar").
Roti hari ini juga menjadi semakin lembut mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.
Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.
"Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti." (Akhbar British The Independent, dalam artikel, "The Shocking Truth About Bread," 29 Ogos 2006).
Berikut adalah maklumat terkini kompilasi fakta penting mengenai roti.
Terlalu Banyak Bahan Penambah
Roti yang dijual hari ini terlalu banyak bahan kimia dengan bahan penambah (contohnya roti putih, merupakan salah satu bahan makanan yang paling tercemar dengan bahan kimia yang boleh diperolehi hari ini.)
Bahan penambah adalah bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung sewaktu pemprosesan, penyimpanan atau pembungkusan. Ia membantu untuk memperbaiki jangka hayat penyimpanan roti, nilai pemakanan atau perisa.
Bagaimanapun, bahan penambah bukanlah khasiat pemakanan semula jadi untuk manusia. Malah ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya ammonium klorida, salah satu bahan kimia yang ditemui dalam beberapa roti yang dipertingkatkan, mengurangkan keasidan air kencing dan perlu dielakkan oleh mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang.
Kalium bromat, bahan penambah biasa yang digunakan dalam roti untuk meningkatkan jumlah, dan untuk menghasilkan roti dengan struktur serbuk halus, juga boleh menjadi toksik kepada sesetengah orang.
Bromat sendiri boleh menyebabkan kanser pada binatang dan kebanyakan bromat dengan cepat berpecah kepada bentuk bromida berbahaya.
Bromat telah diharamkan di seluruh dunia kecuali di Jepun dan Amerika Syarikat. Di California, tanda amaran kanser diperlukan pada label jika bromat terdapat dalam roti..
Apa Lagi Dalam Roti Anda?
Pemutih: Tepung yang dikisar mempunyai kesan kekuningan dan kualitinya tidak baik. Sewaktu penyimpanan, warnanya menjadi putih dan kualitinya berubah dengan perlahan. Sesetengah pelembut doh digunakan untuk mempercepatkan proses ini. Pemutih juga turut digunakan sebagai ganti tepung yang lama. Contohnya benzoyl peroxide dan gas klorin dioksida digunakan untuk memutihkan tepung.
Pelembut Doh: Pembuat roti komersial sering menggunakan bahan penambah seperti pelembut doh untuk memperbaiki tekstur, penampilan dan hayat simpanan roti. Sesetengah pelembut ditambah sewaktu di kilang tepung, manakala yang lainnya ditambah di tempat membuat roti.
Pertamanya aku nk mntak maap atas penggunaan 'aku' dlm blog ini.mybe agak kasar tapi aku rasa mmg dah diterima pakai secara standards.Mybe ganti diri aku akan berbeza bergantung kepada tema posting nanti.
Setakat ini saja posting perkenalan buat kali pertama ini.Nak study lg ini, tgh2 exam week boleh pulak nk wat blog.(gatal sungguh).Mybe bcoz asek bace posting blog org, teringin sangat dah nie.
Sekian buat masa ini,sehingga berjumpa lagi.