Ahlan Ya Ramadhan

Syaaban akan berakhir....Ramadhan akan menjelma lg. 30 hari Megasale ibadah bagi orang yang merindu. Tatkala Ramadhan yg tggal lagi sehari untuk tiba apekah yang sedang ligat bermain di fikiran kita. Adakah ligat berfikir nak mencari tempat menjual juadah berbuka, berpikir bagaimana nak berbuka ketika puasa nanti kerna klas berakhir 6.30pm, ataupon ligat dah nak berpikir cmne la nk attend klas yang full ari2.

Secara jujur semua ini mmg ade menerjah otak pikiran ana ketika menyebut ramadhan. Tidakkah semua ini umpama keluhan sedih seorg umat? Bukankah sepatutnya seorg yang beriman akan gembira dan x sabar menanti Ramadhan. Bilakah hati ini mampu menjadi seperti sahabat-sahabat Muhammad S.A.W yang berpesta menyambut Ramadhan kerana Ramadhan adalah bulan untuk umat islam.

Mengapa kita masih berpikir akan kepayahan di bulan ramadhan selama sebulan namun tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah selama 11 bulan yang lalu.Tidakkah didalam bulan Ramadhan itu byk kelebihan dan barakahnya. Ini adalah sebahagian kelebihan ramadhan yg disebut baginda rasul dalam beberapa hadis:

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Wallahualam...Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.
Berzina Kerana Ikhlas
mohd naim mohd zain

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

JAWAPAN DR. DANIAL

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita.. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia “ Killer Epidemic in Sex Paradise" (AIDS di Asia “ Wabak Pembunuh di Syurga Seks"), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul.. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.Kota Pompei hancur kerananya.Empayar Rom juga hancur kerananya.Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)
Laman Sesawangku mmg dah bersawang
Last posted is 25 July 2009......

aduhai...sudah lebih 3 mggu blog ku ini terbiar gersang tanpa pengisian. Bz sungguh macam dia la org paling bz dalam dunia.Padahal byak je masa terbuang tanpa aktiviti berfaedah.Tp hari ini dikala mataku mendung mengikut resam adat dengan hujan lebat di luar dan angin meniup dingin, ku gagahkan jua menulis.

Akan tetapi aku pon tidak pasti apa yg ingin aku tuliskan.Pilihan raya kecil Permatang pasir ke kes H1N1 ke semua boleh baca kat laman berita online sendiri.Hurm...mungkin aku patut war2 kan terutama kepada budak2 Gippsland yg Michigan 12 skang sudah menambah ahli tidak rasmi.

Ahli ini bernama Aidil budak Sunway College.Merangkap sepupu kepada Afif.Die mentransit di Michigan 12 sebelum mndapat apartment yg lebih murah dr hostel sunway. So dgn itu maka tamatlah era privasi aku selama ini kerna mamat nie duduk sebilik ngan aku.

"kerna terpaksa aku rela sendiri"

Maka terpaksa la aku menghadkan aktiviti tidak senonoh aku selepas ini.huhuhuhu..
Recipe......
This funny poem about recipes may tell the reasons why it didn't taste like it should ..

I didn't have potatoes,so I substituted rice.
Didn't have paprika,so I used another spice.
I didn't have tomato sauce,so I used tomato paste.
A whole can not a half can -I don't believe in waste.
My friend gave me the recipe -she said you couldn't beat it.There must be something wrong with her,I couldn't even eat it.
Result............................
Aku baru jer cek result semester lepas ari jumaat ari tue.Ingatkan nak cek ari Isnin jer pas sem start sebab risau sgt, hati rasa gelabah gile nak tengok result.Tapi Engku, Rizal dan Khairani asyik push suh tengok jugak, aku pun terpaksa la buka WES nak cek result.Mmg cuak jugak la.Ingat nak enjoy dulu sebelum tengok result risau nanti hilang mood, tgk Harry Potter yang mengecewakan tu, nak men futsal dulu dan pegi jalan-jalan dulu.Tp aku memberanikan juga diriku untuk menaip website Monash.

Teng...teng...

Dan terpampang la secebis halaman keputusan exam aku dari MUFY lagi.Aku scrolkan mouse ke bawah mencari result subjek sem lepas.Dan betapa kecewanya aku, apa yang diharapkan dan ditarget tidak tercapai.Tp aku tetap syukur pada Allah sebab DIA masih lagi bagi aku lulus semua walaupun x berapa cemerlang.Mungkin ada hikmahnya supaya aku tidak riak dan lebih berusaha untuk sem-sem yang mendatang.Mungkin ada beberapa perkara aku terlepas pandang atau mungkin ada hubungan aku ngan Allah dan manusia yang aku abaikan sehingga Allah x makbulkan doaku.Atau aku x cukup berusaha dan bermunajat pada Allah.Sem nie same ngan sem satu tahun lepas sekadar 4 Credit jer.

Namun sem nie mungkin aku kehilangan teman seperjuangan aku selama 2 thn di MOnash. Mungkin rezeki beliau bukan di Monash.La Tahzan.Allah hanya menguji orang-orang yang DIA sayang.Kalau Allah uji kita maknanya Allah masih ingat pada kita,cuma berapa yang kita ingat pada Allah.Kepada Kay aku doakan ko terus di Monash kalau tidak aku doakan ko terus berjaya walau kat mana pun ko berada.Sorang lagi temanku bakal pergi.
Semester Baru
Cuti sem tinggal sehari je lagi.dan selama cuti nie la blog nie tggal tanpa berita dan update.Ntah la cuti ni macam xde makna je,x dpat nk rehat pon.Ingat balik kampung nak rehat sambil menghirup udara desa yang segar,namun x sempat juga.Sebelum cuti ingat nak ajak abah pegi memancing kt Pulau Sembilan, Pangkor tp x dapat pulak.Emak tinggal sorang-sorg pulak di rumah, xde teman.So memancing kat belakang rumah jer la.Tue pon kecewa jugak x dapat memancing sangat, kekili rosak la sebab lame sangat x pakai.Esok dah nak start sem baru.Esok aku dah masuk final year.Ya Allah, berikanlah hamba mu ini kekuatan untuk terus tetap hati untuk belajar dan istiqamah.Ya Allah ko terangkan hati hambamu ini untuk menerima apa yang dipelajari.
Ahlan wasahlan dan selamat pergi
1 June......
Hari ini secara rasmi nya Michigan 12 akan kehilangan 3 rakyatnya untuk mereka mencari takdir masing-masing.Mengapa aku katakan hari ini kerana, kontrak kerakyatan mereka sepatutnya sudah tamat tepat jam 12am 30 June 2009.Namun itu tidak menghalang mereka untuk trus mereka berada di Michigan kerana kami telah berikan mereka pas lawatan sosial dan simpati.hehehe.Insan-insan tersebut adalah:
1.Muhamad Zaki Yamin ke Claudfield, Australia
2.Mohd Adib ke Gippsland, Australia
3.Qamarul Hafiz aka BOB merantau membawa diri

Pas lawatan sosial mereka adalah sehingga mereka fly dan renewal adalah automatik setiap kali pulang ke Malaysia.Buat korg berdua, adib n zaki kami akan merindui kamu disini.ceh gross aku.Ok la semoga korg terus kekal sukses di Australia.Datanglah melawat kami bila pulang. Buat Bob xde ape bendenya sebab jumpa gak di monash dan rumah sebelah.Semoga ko menjaga nama baik kami di rumah sebelah.

Sepemergian mereka bertiga, Presiden telah meluluskan 4 kerakyatan baru untuk Michigan 12.Mereka adalah budak-budak Monash 2nd year.Identiti mereka biarlah aku hebahkan di lain waktu kerana aku pun tidak ingat nama setiap seorang.masih konfius.Buat mereka aku ucapkan ahlan wasahlan dan welcome to the ikhwah.